Kata -kata Semangat

Saturday, May 15, 2010

Di kala ini

Di kala ini ku teringat Mak cik ku yang ku panggil Obek Sayum...
Ku amat merindui nya...
Moga beliau tergolong orang-orang yang beriman dan solehah... Al-fatihah
Dan juga
LAgu ini ku tujukan khas buatnya

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi

Wednesday, May 5, 2010

Petua mencari jodoh siri 1




Tetiba jer terjumpa petua ni dalam komputer kat rumah...

Sekadar berkongsi dengan kalian....hehe

Menurut Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, petua mencari jodoh :

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

Thursday, April 8, 2010

Akhirnya..

Finally,habis pun exam...
Lega-seleganya...
Tapi takut gak...keputusan yer.
Perasaan bercampur baur..
Gumbira...Sedih..takut..
Ape-ape pun Ana dah wat yang terbaik...
Berserah pada Allah..
Moga dipermudah urusan..


Thursday, April 1, 2010

Menanti untuk ke Fasa seterusnya

Pejam celik,pejam celik,aku sudah pun akan menamatkan pengajian dari UIA (doakan tak sangkut)
Banyak yang ku pelajari dalam alam pengajian di universiti...menuntut ilmu,bertemu sahabat-sahabat dalam jemaah PKPIM-KPIJ-ABIM,sahabat dalam jurusan yang sama,anak-anak singapura,terlibat dalam persatuan-persatuan dalam UIA,berkenalan dengan autority Mahallah dan lain-lain mengajar aku mengenali kehidupan sebagai seorang mahasiswi...kenangan pahit manis akan kusimpan sebagai bekalan untuk menghadapi fasa yang akan datang (alam pekerjaan-sambung belajar dan lain-lain)
Semakin ku belajar,semakin kurasakan semakin tak mencukupi...Siapa kata proses belajar setakat di universiti?




Salah tanggapan itu...Perlu tanamkan pada diri,cintakan ilmu itu mestilah berterusan.teringat seorang penceramah beritahu,menuntut ilmu tidak boleh bersederhana,tapi perlukan usaha ke tahap maksima...insyaallah akan ku ingat kata-kata itu.

Ku sangat bersyukur mendapat sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan diriku,berdiskusi,suka duka bersama...terima kasih sahabat.ku akan mengingati saat-saat bersama kalian.


Buat adik-adik tersayang,teruskan perjuangan kalian...jangan putus asa..
kalau ada ape2 yg nk share..contact akak okay...akak sedia mendengar =)

Lepas ni.kene bersedia ke alam pekerjaan pula...kene planning ni
Untuk dapatkan flow yang baik,kene plan yang mantap...Chaiyok

MOga kuat untuk menghadapinya.Ameen Ya Rabb

Tuesday, March 9, 2010

pintu rindu

Buat diriku dan sahabat-sahabat,

ku ingat kata-kata ini dari seorang sahabatku..
Kita perlu banyakkan panjatkan pengharapan pada tuhan,bukan pada manusia...
Dengan itu,ku tujukan lagu ini buat kalian...

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..

Saturday, February 20, 2010

Peringatan untuk diri

Bile umur dah meningkat ni macam-macam benda yang perlu diingat...sebagai anak,pelajar,aktivis jemaah dan lain-lain...

Tapi sebenarnya,ada yang lebih penting perlu diingat, ingat akan mati

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”-Surah Ali Imran: Ayat 185

Adakah cukup dengan segala amalan yang kita lakukan...Bile saya terdengar ceramah dalam program kelab tersayang 'IYC' "adakah semua jalan agama itu menuju pada syurga'',membuatkan saya berfikir lebih meluas lagi..
Cukup beruntung nya apabila dilahirkan sebagai seorang muslim,tp ia akan beruntung jika seorang muslim itu melakukan apa yg disuruh oleh PINCIPTANYA,dan meninggalkan apa yang dilarang olehNYA...
"Tak semua muslim itu menjalankan amanahNYA sebagai hamba iaitu harta kepada PENCIPTANYA"...Kadang-kadang statement ini terkena pada diri sendiri...Manusia tak pernah terlepas dari melakukan dosa,tetapi kita sendiri perlu sedar akan matlamat dan tujuan kita berada di dunia yang sementara...



Pernah orang mengatakan "kubur lain-lain,lantaklahlah dengan orang lain, janji kita buat baik"
Fikiran seperti ini adalah salah,sepatutnya sama-sama nak masuk syurga,sama-sama lah saling masihat-menasihati dan berbuat baik.Hidup didunia ini hanya sementara.
Dalam konteks ini,dakwah fardiyyah dan mengikuti gerakan jemaah penting agar kita sentiasa diberi peringatan...
Contohnya,Melakukan qiamulail.Saya sendiri mengaku jika nak buat munfaridan,tak terdaya nak bangun...akan tetapi jika bersama sahabat-sahabat2,kekuatan itu akan datang...itulah kemanisan bersama jemaah.

Untuk membuat persiapan pada kematian,banyak yang perlu dilakukan..nak katakan 24 jam tu tak cukup nk buat persiapan,kerana setiap saat dan minit itu penting,seperti mana dalam pepatah arab " الوقت كالسيف "(Waktu itu ibarat pedang,jika kita memotngnya,ia akan meninggalkan kita)

Adakah kita bersedia menghadapi kematian?

Sebagai ingatan untuk diri sendiri,keluarga,kengkawan lain.

"tepuk dada tanya iman "




"Jika kita menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan pendirian kamu"

Wednesday, January 27, 2010

Hati oh hati

Kali ini,tibe-tibe terpanggil untuk bahaskan masalah hati...
Ramai yang ambil mudah tentang hati...
Seketul daging yang kita tidak nampak,tapi ia mampu memberi impak yang besar dalam hidup seseorang jika kita tidak menjaganya...

Saya pernah berdiskusi dengan sahabat mengenai isu hati ini.Penyakit hati akan lahir jika ada:
1- Ujub
2- Riak
3- Hasad





Bila hati tidak bersih,ia akan memberi pemikiran negatif pada seseorang.
Contohnya zaman sekarang,ada segelintir anak -anak menganggap ibubapa mereka sebagai bebanan pada mereka.Mereka tidak sedar bahawa,kerna ibubapa merekalah,mereka lahir ke dunia.Pernah terjadi dalam coretan hidup saya sendiri,bila sahaja seorang ibu sudah meninggal,anak-anak sibuk rebutkan harta ibunya...
Sepatutnya,mereka doakan ibu mereka,menjaga adab dengan menyelesaikan hutang yang perlu dibayar si mati...
Akan tetapi,lain jadi nya...Saya cukup kesal dengan sikap mereka ini...Inikah dinamakan anak ???

Hati yang penuh gelora hawa nafsu seperti ini perlu dirawati segera.Bak kata pepatah,"Mencegah lebih baik daripada merawati"

Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi. Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:

"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)

Saya teringat juga kata-kata seorang sahabat ini, Hati kita ini milik Allah.Hanya DIA sahaja yang yang mampu menetapkan hati kita ini.
Berdoalah padaNYA,agar hati kita bersih dan ikhlas dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

Ini sekadar peringatan pada diri saya sendiri dan juga pada orang lain.


"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalim diri sendiri.



"Baik Sangka Pada Allah dan bertawakal dapat tenangkan hati"

"Anggap segala ujian yang melanda sebagai satu nikmat dari Allah,Itu buktinya DIA masih sayangkan kita"

Monday, January 11, 2010

Cerita ke-2 :MENGAPA IBU MENANGIS

> Mengapa Ibu Menangis ?
>
> Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa ibu menangis ?".
> Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita."
> Saya tidak mengerti," kata si anak lagi.
> Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
> "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
>
> Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya.
> "Ayah, mengapa ibu menangis ?"
> Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
> Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.
>
> Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya,
> mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat
> petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.
>
> Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting.
>
> Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.
> Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang
> sedang tidur.
>
> Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan
> sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......
>
> Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah
> di saat semua orang berputus asa.
>
> Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,
> sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.
>
> Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua
> anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai
> perasaan dan hatinya.
>
> Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur.
> Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.
>
> Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa
> kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang
> melindungi setiap hati dan jantung wanita ?
>
> Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai
> tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji
> kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan
> menyayangi.

>

> Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan
> perasaannya....... Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar
> dapat digunakan di mana ia inginkan.

> Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!
>
> Ini airmata kehidupan.

Tuesday, December 29, 2009

nak dengar cerita?

Petikan cerita ini saya ambil dari file seorang kawan...Cerita ini mengisahkan seorang Pemuda dan Pak imam

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Didalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di tempatnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, Insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan. 1.Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan ujud Tuhan kepada saya? 2.Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka di masukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan,sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya....!!

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu..., atau macam mana rupanya??..!

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan keujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat ujudNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk negeri abadi.'

Moralnya tak usahlah kita sombong dengan ilmu dan kekayaan yang kita ada. Mungkin orang yang kita anggap lebih bodoh atau hina dari kita sebenarnya pada pandangan Allah jauh lebih baik dari kita.

Saturday, December 12, 2009

kenangan yg tidak dilupakan




Sepanjang cuti sem yg lepas, banyak masa dihabiskan untuk menguruskan program...terutama pabila bersama jemaah,masa ku rasakan sangat pendek...banyak pengalaman dan kejadian yang berlaku sepanjang cuti..

Penyertaan program ( JAMBORI REMAJA ISLAM )sangat memberansangkan,lebih2 lagi adik2 junior dari annur hadir bersama...terima kasih pada arie yang banyak membantu akak ye.tidak lupa juga dengan urusetia dan fasi yang bertungkus lumus demi menjayakan program ini...
semoga kaderisasi adik2 dari program ini akan kekal untuk turut hadir ke program yang seterusnya...

Akan tetapi, semasa pulang dari program, malang tidak berbau,salah seorang dari kawanku terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa perjalanan ke kluang dan pada ketika itu aku tidak berada disitu untuk membantu...maafkan aku adibah..
nasib baik,ada teman2 lain yang membantu..

Semoga adibah cepat sembuh dan pulih seperti sediakala...
Ya Allah sembuhkanlah dia,sayangilah dia dan permudahkanlah urusan keluarganya...
Kami disini akan sentiasa akan mendoakan dan ziarah dikau...
harap dikau kuat dan bersemangat untuk sembuh...Ameen

Wednesday, November 4, 2009

Exam Mode



Sahabat,

Selamat Menjalani peperiksaan...

Moga dipermudahkan segala urusan

Ampun Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa,tergurau kasar dan seterusnya.. :D

Thursday, October 15, 2009



Petikan dari blog dari seorang teman...

Sekadar perkongsian...

Jika mereka sibuk mencari cinta,

Biarlah kita sibuk mencari iman,

Jika mereka sibuk mencari pasangan,

Biarlah kita mencari keredhaan,

Jika mereka menangis kerana kecewa
bercinta,

Biarlah kita menangis mengenang-
kan dosa-dosa semalam,

Jika mereka cintakan kemanusiaan,

Biarlah kita cintakan TUHAN,

Jika mereka dambakan kehidupan
duniawi,

Biarlah kita dambakan ukhrawi...

Maka cintailah DIA...Yang kekal
abadi...

Wednesday, October 7, 2009

Selami...

Seorang sahabat pernah berkongsi akan perasaannya,kata nya" Cubalah selami kata-kata ini,ia dari lirik lagu Art Fazil bertajuk Yakin..

Biar menitis asal tak putus
Kata ibu padaku
Biar sedikit asal tak pupus
Biar perlahan jangan berhenti

Kehidupan ini hanya sekejap
Semua kan kau tinggalkan
Di dalam perlumbaan mengejar
Apa yang material
Jangan tinggal solat
Selamat dunia akhirat

Mungkin
Segalanya mungkin
Apa kan terjadi pasti terjadi
Yakin
Hati terus yakin
Dengan harapan
Pada ketentuan Tuhan

Tak bisa berlari aku berjalan
Tak bisa berjalan aku merangkak
Tak bisa merangkak aku mengesot
Perlahan-lahan aku kan sampai jua

Kembara ini kurasakan jauh
Di manakah penghujungnya
Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Doamu ibu azimat hatiku

Saya sukakan part chorus...
Boleh dijadikan kata-kata semangat untuk orang yang berjuang,agar tidak berputus asa.. :)

Thursday, October 1, 2009

Syawal menjelma




Terlebih dahulu ingin diri ini mengucapkan salam lebaran Aidilfitri 1430h...
Maaf Zahir batin jika ada kesalahan dan terkasar bahasa dalam pertuturan dan perbuatan.


Raya kali lebih banyak beraya di kampung halaman di negeri sembilan side ibuku...
Rasernyer raya kali memang sempoi...persiapan last minute...
tidak mengapalah,harus berkorban demi ibu yang masih bertugas di kuala lumpur..
Bayangkanlah,barang2 hari raya belum dibeli tapi akhirnya on de way balik,kami singgah rengit,johor untuk mengambil kuih raya dan sempat membeli barang2 basah di pasar rengit...
Sungguh takku sangka masih ramai manusia yang membeli belah di saat akhir...
Tapi,rasa bersyukur kerana dapat juga menyiapkan preparation disaat akhir...
Balik dari shah alam,teruslah memulakan proses mengemas dan memasak...
Memang letih tapi seronok,yang paling kelakar nya,kerana penat mengemas sampai tertido di atas lantai,tidak sedarkan diri...

Pagi raya, menyiapkan segalanya...menunggu untuk orang datang ke rumah...
Raya kedua,kami sekeluarga pulang ke kampong...balik kg....hoho balik.
Sebelum itu, sempat singgah rumah teman ibuku
Alhamdulillah sempat berziarah pusara nenek dan atok di kg,dan bertandang ke beberapa buah rumah dan pulang semula ke johor.


Syawal menjelma,madrasah ramadhan meninggalkan kita..
Ku berharap agar bertemu dengan ramadhan akan datang...ku rindu padamu

Thursday, September 17, 2009

Ku terharu



Apabila membaca keratan akhbar dari utusan yang bertajuk "Kuasai bacaan Al-Quran dengan Braille Islamik", hatiku tersentuh dengan cerita dari Nurhidayah Abd Halim yang telah kehilangan penglihatannya sejak lahir lagi,namun beliau tetap tabah dengan kekurangan diri.
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita.Begitu juga Nurhidayah dengan usaha yang tekad, beliau berusaha dan mengikuti kursus sebagai pelatih Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat, Pusat Latihan Gurney di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) sejak 5 Januari lalu.
Beliau tidak pernah merungut ke atas apa yang berlaku terhadap dirinya malahan berusaha untuk menghabiskan kursus tersebut dan akan mengajar mereka yang mempunyai nasib yang sama seperti beliau.
Saya cukup terharu dengan kecekalan dan semangat beliau walaupun mempunyai kekurangan.
Kita yang masih celik ini perlulah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah dan haruslah menggunakan anggota pancaindera kita dengan melakukan perkara-perkara kebaikan.Contohnya,Kita menggunakan kaki untuk pergi ke Masjid, Majlis ilmu dan sebagainya.
Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, dan janganlah menjadikan amalan-amalan kamu sia-sia."
Saya percaya, setiap apa yang berlaku ke atas setiap manusia itu ada hikmahnya.Mungkin kita tidak nampak apa yang akan berlaku di dunia, tapi di akhirat siapa yang ketahui,Hanya Allah Yang Tahu..
Satu perkara lagi yang saya ingin kongsikan,Kerjakanlah amal-amal kebaikan dengan ikhlas dan untuk mendapatkan redha Allah.Ramai yang berpendapat,kita perlu membuat perkara baik untuk mendapat pahala,tapi pada pendapat saya,redha Allah itu lagi penting dan ganjaran pahala itu terpulang pada Allah untuk menilai amalan seseorang itu...Semoga kita mempunyai semangat seperti Nurhidayah dan tergolong orang yang sentiasa di bawah rahmat dan redha Darinya...Waallahulam

Sunday, September 13, 2009

Wahai Kaum Hawa...


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.

“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.

Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.

Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.

Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.

“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).

Saturday, September 12, 2009

The Journey begins...

Buat pengetahuan sahabat2, saya tidak pernah merasakan untuk menulis sesuatu...Selepas zaman persekolahan, bidang penulisan ini telah saya tinggalkan,akan tetapi ada sesuatu yang memberi saya inspirasi untuk menulis, iaitu selepas melihat sebuah karya filem yang dicetuskan oleh seorang warga indonesia Hanung Bramantyo, iaitu dari filem " Perempuan Berkalung Serban".



Walaupun filem ini banyak menerima kritikan daripada sesetengah orang,apa yang boleh diambil dari sudut positif nya iaitu Sikap ingin terus belajar dan diajar, Ia juga menceritakan tentang kehidupan seorang wanita yang menempuhi cabaran hidup. Sepertimana yang tercatat dalam Ayat Al-Quran
"Allah tidak akan membebankan seseorang hambanya jika ia tidak mampu untuk memikulnya"

Setiap apa yang berlaku terhadap seseorang itu, akan mengajar kita akan terus lebih baik akan datang. Pada pendapat saya, perlunya kita menyampaikan sesuatu( message) ,. Nabi pernah berpesan,
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"
Apa yang penting, message yang disampaikan akan membawa kepada kebaikan, bukannya keburukan. Saya percaya di zaman ini lebih banyak cabaran dan rintangannya walaupun tidak dijajah peperangan dan senjata tapi kita sudah dijajah dari segi pemikiran. Pelbagai ideologi telah menyerang masyarakat islam sekarang.

Dengan, kita perlulah bijak menanganinya, contohnya dengan menulis kita boleh memberikan pendapat, berkongsi idea dan sebagainya. Jika apa yang kita sampaikan ada kesalahan, kita perlu memberi ruang untuk orang lain menegur kita, kerana saya percaya setiap kritikan itu akan memberikan penambah baikan terhadap seseorang. "Sesungguhnya agama itu nasihat"

Saya bersyukur apa yang berlaku terhadap diri saya sekarang, Alhamdulillah, sekarang saya masih berada dalam keadaan selamat, mempunyai keluarga ,masih belajar di tempat yang baik, dikelilingi orang-orang yang baik, teman-teman sejemaah yang aktif dan masih berjuang bersama dalam membuat kerja kemasyarakatan.

Dalam al-Quran ketika penciptaan Nabi Adam as, Allah SWT berfirman :-
Iblis berkata : "Kerana Engkau telah menghukum aku sebagai tersesat, pasti aku akan menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. Aku akan mendatangi mereka dari arah depan dan belakang mereka. Dari arah kanan dan kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati sebahagian besar dari mereka bersyukur." - (Surah al A'raf : 16-17)

Bila diperhatikan, Allah SWT telah memberi petunjuk kepada manusia, apa yang patut mereka lakukan peringkat demi peringkat dalam hidupnya.

Apa yang perlu diwaktu kala ini, kita perlu kuat dan cekal dalam menyambung risalah nubuwwah dan berjiwa besar dalam berdakwah. Umat di zaman ini diserang dengan pelbagai masalah dan kita sebagai orang yang mempunyai sikap “consent” terhadap masyarakat, perlulah memikirkan jalan penyelesaian dan menabur jasa terhadap masyarakat.

Saya memahami bahawa membuat kerja-kerja dakwah ini bukannya mudah tapi kita perlu berusaha dan membuat perubahan. At least kita cuba untuk contribute something demi islam. Mudah-mudahan saya istiqamah dengan perjuangan gerakan ini. Insyaallah...