Kata -kata Semangat

Thursday, April 1, 2010

Menanti untuk ke Fasa seterusnya

Pejam celik,pejam celik,aku sudah pun akan menamatkan pengajian dari UIA (doakan tak sangkut)
Banyak yang ku pelajari dalam alam pengajian di universiti...menuntut ilmu,bertemu sahabat-sahabat dalam jemaah PKPIM-KPIJ-ABIM,sahabat dalam jurusan yang sama,anak-anak singapura,terlibat dalam persatuan-persatuan dalam UIA,berkenalan dengan autority Mahallah dan lain-lain mengajar aku mengenali kehidupan sebagai seorang mahasiswi...kenangan pahit manis akan kusimpan sebagai bekalan untuk menghadapi fasa yang akan datang (alam pekerjaan-sambung belajar dan lain-lain)
Semakin ku belajar,semakin kurasakan semakin tak mencukupi...Siapa kata proses belajar setakat di universiti?




Salah tanggapan itu...Perlu tanamkan pada diri,cintakan ilmu itu mestilah berterusan.teringat seorang penceramah beritahu,menuntut ilmu tidak boleh bersederhana,tapi perlukan usaha ke tahap maksima...insyaallah akan ku ingat kata-kata itu.

Ku sangat bersyukur mendapat sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan diriku,berdiskusi,suka duka bersama...terima kasih sahabat.ku akan mengingati saat-saat bersama kalian.


Buat adik-adik tersayang,teruskan perjuangan kalian...jangan putus asa..
kalau ada ape2 yg nk share..contact akak okay...akak sedia mendengar =)

Lepas ni.kene bersedia ke alam pekerjaan pula...kene planning ni
Untuk dapatkan flow yang baik,kene plan yang mantap...Chaiyok

MOga kuat untuk menghadapinya.Ameen Ya Rabb

1 comment:

  1. Salam kak, sy ada masalah dgn diri sendiri...sy tak boleh terlalu rapat dgn seseorang..rumah sama, ke sekolah yang sama dan kelas yang sama...sy cepat rasa sakit hati dan kdg2 nak marah dgn dia walaupun dia tak buat apa2..Dia sgt baik dgn sy..macam mane ye?

    ReplyDelete