Kata -kata Semangat

Thursday, September 17, 2009

Ku terharu



Apabila membaca keratan akhbar dari utusan yang bertajuk "Kuasai bacaan Al-Quran dengan Braille Islamik", hatiku tersentuh dengan cerita dari Nurhidayah Abd Halim yang telah kehilangan penglihatannya sejak lahir lagi,namun beliau tetap tabah dengan kekurangan diri.
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita.Begitu juga Nurhidayah dengan usaha yang tekad, beliau berusaha dan mengikuti kursus sebagai pelatih Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat, Pusat Latihan Gurney di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) sejak 5 Januari lalu.
Beliau tidak pernah merungut ke atas apa yang berlaku terhadap dirinya malahan berusaha untuk menghabiskan kursus tersebut dan akan mengajar mereka yang mempunyai nasib yang sama seperti beliau.
Saya cukup terharu dengan kecekalan dan semangat beliau walaupun mempunyai kekurangan.
Kita yang masih celik ini perlulah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah dan haruslah menggunakan anggota pancaindera kita dengan melakukan perkara-perkara kebaikan.Contohnya,Kita menggunakan kaki untuk pergi ke Masjid, Majlis ilmu dan sebagainya.
Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, dan janganlah menjadikan amalan-amalan kamu sia-sia."
Saya percaya, setiap apa yang berlaku ke atas setiap manusia itu ada hikmahnya.Mungkin kita tidak nampak apa yang akan berlaku di dunia, tapi di akhirat siapa yang ketahui,Hanya Allah Yang Tahu..
Satu perkara lagi yang saya ingin kongsikan,Kerjakanlah amal-amal kebaikan dengan ikhlas dan untuk mendapatkan redha Allah.Ramai yang berpendapat,kita perlu membuat perkara baik untuk mendapat pahala,tapi pada pendapat saya,redha Allah itu lagi penting dan ganjaran pahala itu terpulang pada Allah untuk menilai amalan seseorang itu...Semoga kita mempunyai semangat seperti Nurhidayah dan tergolong orang yang sentiasa di bawah rahmat dan redha Darinya...Waallahulam

Sunday, September 13, 2009

Wahai Kaum Hawa...


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.

“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.

Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.

Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.

Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.

“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).

Saturday, September 12, 2009

The Journey begins...

Buat pengetahuan sahabat2, saya tidak pernah merasakan untuk menulis sesuatu...Selepas zaman persekolahan, bidang penulisan ini telah saya tinggalkan,akan tetapi ada sesuatu yang memberi saya inspirasi untuk menulis, iaitu selepas melihat sebuah karya filem yang dicetuskan oleh seorang warga indonesia Hanung Bramantyo, iaitu dari filem " Perempuan Berkalung Serban".



Walaupun filem ini banyak menerima kritikan daripada sesetengah orang,apa yang boleh diambil dari sudut positif nya iaitu Sikap ingin terus belajar dan diajar, Ia juga menceritakan tentang kehidupan seorang wanita yang menempuhi cabaran hidup. Sepertimana yang tercatat dalam Ayat Al-Quran
"Allah tidak akan membebankan seseorang hambanya jika ia tidak mampu untuk memikulnya"

Setiap apa yang berlaku terhadap seseorang itu, akan mengajar kita akan terus lebih baik akan datang. Pada pendapat saya, perlunya kita menyampaikan sesuatu( message) ,. Nabi pernah berpesan,
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"
Apa yang penting, message yang disampaikan akan membawa kepada kebaikan, bukannya keburukan. Saya percaya di zaman ini lebih banyak cabaran dan rintangannya walaupun tidak dijajah peperangan dan senjata tapi kita sudah dijajah dari segi pemikiran. Pelbagai ideologi telah menyerang masyarakat islam sekarang.

Dengan, kita perlulah bijak menanganinya, contohnya dengan menulis kita boleh memberikan pendapat, berkongsi idea dan sebagainya. Jika apa yang kita sampaikan ada kesalahan, kita perlu memberi ruang untuk orang lain menegur kita, kerana saya percaya setiap kritikan itu akan memberikan penambah baikan terhadap seseorang. "Sesungguhnya agama itu nasihat"

Saya bersyukur apa yang berlaku terhadap diri saya sekarang, Alhamdulillah, sekarang saya masih berada dalam keadaan selamat, mempunyai keluarga ,masih belajar di tempat yang baik, dikelilingi orang-orang yang baik, teman-teman sejemaah yang aktif dan masih berjuang bersama dalam membuat kerja kemasyarakatan.

Dalam al-Quran ketika penciptaan Nabi Adam as, Allah SWT berfirman :-
Iblis berkata : "Kerana Engkau telah menghukum aku sebagai tersesat, pasti aku akan menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. Aku akan mendatangi mereka dari arah depan dan belakang mereka. Dari arah kanan dan kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati sebahagian besar dari mereka bersyukur." - (Surah al A'raf : 16-17)

Bila diperhatikan, Allah SWT telah memberi petunjuk kepada manusia, apa yang patut mereka lakukan peringkat demi peringkat dalam hidupnya.

Apa yang perlu diwaktu kala ini, kita perlu kuat dan cekal dalam menyambung risalah nubuwwah dan berjiwa besar dalam berdakwah. Umat di zaman ini diserang dengan pelbagai masalah dan kita sebagai orang yang mempunyai sikap “consent” terhadap masyarakat, perlulah memikirkan jalan penyelesaian dan menabur jasa terhadap masyarakat.

Saya memahami bahawa membuat kerja-kerja dakwah ini bukannya mudah tapi kita perlu berusaha dan membuat perubahan. At least kita cuba untuk contribute something demi islam. Mudah-mudahan saya istiqamah dengan perjuangan gerakan ini. Insyaallah...