Kata -kata Semangat

Thursday, September 17, 2009

Ku terharu



Apabila membaca keratan akhbar dari utusan yang bertajuk "Kuasai bacaan Al-Quran dengan Braille Islamik", hatiku tersentuh dengan cerita dari Nurhidayah Abd Halim yang telah kehilangan penglihatannya sejak lahir lagi,namun beliau tetap tabah dengan kekurangan diri.
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita.Begitu juga Nurhidayah dengan usaha yang tekad, beliau berusaha dan mengikuti kursus sebagai pelatih Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat, Pusat Latihan Gurney di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) sejak 5 Januari lalu.
Beliau tidak pernah merungut ke atas apa yang berlaku terhadap dirinya malahan berusaha untuk menghabiskan kursus tersebut dan akan mengajar mereka yang mempunyai nasib yang sama seperti beliau.
Saya cukup terharu dengan kecekalan dan semangat beliau walaupun mempunyai kekurangan.
Kita yang masih celik ini perlulah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah dan haruslah menggunakan anggota pancaindera kita dengan melakukan perkara-perkara kebaikan.Contohnya,Kita menggunakan kaki untuk pergi ke Masjid, Majlis ilmu dan sebagainya.
Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, dan janganlah menjadikan amalan-amalan kamu sia-sia."
Saya percaya, setiap apa yang berlaku ke atas setiap manusia itu ada hikmahnya.Mungkin kita tidak nampak apa yang akan berlaku di dunia, tapi di akhirat siapa yang ketahui,Hanya Allah Yang Tahu..
Satu perkara lagi yang saya ingin kongsikan,Kerjakanlah amal-amal kebaikan dengan ikhlas dan untuk mendapatkan redha Allah.Ramai yang berpendapat,kita perlu membuat perkara baik untuk mendapat pahala,tapi pada pendapat saya,redha Allah itu lagi penting dan ganjaran pahala itu terpulang pada Allah untuk menilai amalan seseorang itu...Semoga kita mempunyai semangat seperti Nurhidayah dan tergolong orang yang sentiasa di bawah rahmat dan redha Darinya...Waallahulam

No comments:

Post a Comment